Monday, November 24, 2014

Pau Yik Mun

Kedai Pau Yik Mun telah memulakan perniagaan pau pada 1926 dan
merupakan kedai pau yang sangat terkenal di Tanjung Malim.
Menyediakan pau yang lembut,roti bakar,mee hainan dan 'chicken Chop'
nyata telah mendapat perhatian ramai pengunjung di serata Malaysia.
Kok Jek Ming merupakan generasi ketiga keluarga Kok yang masih
meneruskan perniagaan yang diasaskan datuknya sehingga kini.

Teratak Riverview

Sekilas pandang, Mukim Hulu Bernam tampak biasa tanpa lokasi
pelancongan yang menarik. Namun, hanya jauhari mengenal manikam.
Jika diteroka hingga ke penghujung mukim, di sebalik hutan sekunder
yang menutupi pemandangan Sungai Bernam, terserlah suatu
keindahan alam maya.

Taman Rekreasi Proton City

Adakah anda berminat dengan sukan kayak? Datanglah ke tasik taman rekreasi ini. Kawasan rekreasi ini juga menyediakan taman
permainan untuk kanak-kanak. Oleh itu, sekiranya anda ingin merasai ketenangan jiwa, Taman Rekreasi Proton City merupakan pilihan
destinasi yang bijak. Selain itu, kawasan ini merupakan antara tempat
tumpuan pasangan pengantin untuk bergambar kerana
pemandangannya yang sangat cantik.

Restaurant Easy Cafe'

Easy Cafe Restaurant, salah satu nama yang terkenal di tanjong malim.
Anda tidak perlu lagi menghabiskan masa, tenaga dan wang untuk
merantau keluar negara untuk menikmati hidangan barat. Malah anda
boleh menikmati rasanya yang asli di Easy Cafe Restaurant. Tempat
makan yang berhawa dingin dan suasananya yang tenang serta hiasan dalaman yang ala-barat merupakan antara daya penarik restoran ini. Perkhidmatan WIFI secara percuma juga disediakan khas untuk
pelanggan-pelanggannya.

Proton City

Proton City (dikenali sebagai "Kota Masa Depan") adalah sebuah bandar baru dengan kegiatan industri, komersial dan residensi yang tersebar di 4.000 hektar (16 km ²). Bandar ini terletak sekitar 5 km sebelah utara
Tanjung Malim, sebuah bandar di Perak, Malaysia. Proton City juga
diharapkan untuk dijadikan rumah bagi pelajar dan kakitangan dari
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang beberapa tahun
lalu dikenali sebagai Sultan Idris Training College.

Garden Seafood

Garden Seafood Restaurant merupakan sebuah restoran yang sering
menjadi tumpuan ramai kerana menyediakan hidangan masakan laut
yang sangat lazat. Restoran Garden Seafood ini kerana lokasinya amat strategik sekali dan ruang makan yang disediakan juga amat bersih dan mempunyai dekorasi yang amat cantik. Ruang makannya juga
berpenghawa dingin dan suasananya yang nyaman menaikkan lagi
restoran ini. Restoran ini menyediakan masakan makanan laut pelbagai
jenis dan masakan Melayu dan Cina juga turut disediakan.

Selamat Datang Ke Tanjong Malim

Tanjung Malim terkenal kerana adanya Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dulu Maktab Perguruan Sultan Idris. Tanjung Malim juga
terkenal sebagai tempat persinggahan bas-bas ekspres yang mengikut
jalan lama, sebelum wujudnya Lebuhraya Utara-Selatan. Selepas
terbinanya lebuh raya, bandar Tanjung Malim hampir ditinggalkan. Di sini terdapat gerai kuih Pau atau Pau Tanjung Malim yang sangat enak.
Tanjung Malim sekarang lebih dikenali apabila kerajaan negeri Perak telah memulakan rancangan untuk membangunkan bandar baru iaitu Bandar Behrang 2020 dan Bandar raya Proton.

Tasik Embayu Proton

Tasek Embayu Proton City merupakan sebuah tempat rekreasi yang
terkenal di Tanjong Malim. Taman Rekreasi Proton City terletak di
kawasan perumahan Proton City. Pelbagai aktiviti riadah boleh dilakukan di taman rekreasi Proton City ini.

Sungai Bil

Sungai Bil merupakan destinasi yang nyaman dan pasti akan menjanjikan pulangan yang memuaskan bagi pelancong yang menjadikan kawasan ini sebagai pusat pelancongan. Kedudukannnya yang jauh dari
bandaraya dapat mengelakkan daripada pencemaran bunyi serta udara.
Sungai Bil terletak di daerah Tanjung malim di mana para pengunjung
boleh ke sini hanya 45 minit dari pekan Tanjung Malim. Banyak aktiviti
yang boleh diadakan di Air Terjun Sg Bil antaranya ialah aktiviti
berkhemah, memancing dan juga berekreasi bersama keluarga Suasana
bersih dan indah dengan air gunung yang mengalir sejuk dan segar
menjadi satu daya tarikan kepada para pengunjung dan mereka yang gemarkan aktiviti berpiknik.

Kompleks Sukan Proton

Kompleks Sukan Proton terletak bersebelahan Kilang Proton Tanjong
Malim, Kompleks Sukan Proton mempunyai trek balapan, padang bola, gelanggang badminton, squash dan bola tampar. Gelanggang ini
boleh disewa kepada orang ramai pada harga yang berpatutan.
Kompleks ini menjadi tempat pilihan orang ramai untuk mengadakan
aktiviti-aktiviti seperti sukan tahunan dan acara-acara sukan yang lain.
Selain itu, kompleks ini juga mempunyai sebuah dewan yang boleh
disewa oleh orang ramai untuk mengadakan acara-acara seperti majlis perkahwinan.
Home Home Prasarana Others Perpustakaan Awam

Home » Prasarana » Others


Perpustakaan Awam PDF Print E-mail
Wednesday, 30 March 2011 06:57
4.0/5 (1 vote)

PERPUSTAKAAN PEKAN HULU BERNAM

Perpustakaan Pekan Hulu Bernam yang asalnya Perpustakaan Desa Hulu Bernam kini telah beroperasi di bangunan baru hasil sumbangan Datuk Mah Poo Soi di atas tapak bangunan lama. Perpustakaan ini adalah merupakan salah satu kemudahan yang disediakan di Hulu Bernam untuk kegunaan penduduk tempatan dan terletak berhampiran dengan Masjid Jamek Hulu Bernam. Perpustakaan ini telah wujud pada tahun 1986 dan perpustakaan ini menjadi tumpuan pelajar-pelajar sekolah rendah mahupun menengah untuk meluangkan masa mereka untuk membaca buku-buku yang terdapat disini ketika musim cuti sekolah. Perpustakaan ini terbahagi kepada dua tingkat iaitu tingkat bawah dimana untuk bahagian kanak-kanak yang memuatkan buku-buku cerita kanak-kanak serta buku-buku ilmiah untuk murid darjah satu hingga darjah enam. Manakala, di tingkat atas bangunan perpustakaan ini pula memuatkan novel-novel remaja, serta buku-buku ilmiah untuk pelajar sekolah menengah. Selain itu, ditingkat atas perpustakaan ini juga terdapat beberapa buah komputer dengan kemudahan internet untuk kegunaan ahlinya. Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik juga telah diadakan bersama  mahasiswa-mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.

 Waktu perkhidmatan perpustakaan ini :

 Hari  Masa
  Isnin - Jumaat    
  9.00 a.m - 6.00 p.m  
  Sabtu   8.30 a.m - 5.30 p.m


*Perpustakaan DIBUKA pada Minggu Kedua dan Keempat pada setiap bulan & DITUTUP pada hari Isnin yang berikutnya.

Alamat :   Perpustakaan Pekan Hulu Bernam,
                Jalan Besar Hulu Bernam,
                35900 Tanjong Malim,
                Selangor Darul Ehsan.

No. Tel :    05-4595682

 Report

Last Updated on Wednesday, 06 April 2011 08:57