Thursday, October 23, 2014

Pau Yik Mun

Kedai Pau Yik Mun telah memulakan perniagaan pau pada 1926 dan
merupakan kedai pau yang sangat terkenal di Tanjung Malim.
Menyediakan pau yang lembut,roti bakar,mee hainan dan 'chicken Chop'
nyata telah mendapat perhatian ramai pengunjung di serata Malaysia.
Kok Jek Ming merupakan generasi ketiga keluarga Kok yang masih
meneruskan perniagaan yang diasaskan datuknya sehingga kini.

Teratak Riverview

Sekilas pandang, Mukim Hulu Bernam tampak biasa tanpa lokasi
pelancongan yang menarik. Namun, hanya jauhari mengenal manikam.
Jika diteroka hingga ke penghujung mukim, di sebalik hutan sekunder
yang menutupi pemandangan Sungai Bernam, terserlah suatu
keindahan alam maya.

Taman Rekreasi Proton City

Adakah anda berminat dengan sukan kayak? Datanglah ke tasik taman rekreasi ini. Kawasan rekreasi ini juga menyediakan taman
permainan untuk kanak-kanak. Oleh itu, sekiranya anda ingin merasai ketenangan jiwa, Taman Rekreasi Proton City merupakan pilihan
destinasi yang bijak. Selain itu, kawasan ini merupakan antara tempat
tumpuan pasangan pengantin untuk bergambar kerana
pemandangannya yang sangat cantik.

Restaurant Easy Cafe'

Easy Cafe Restaurant, salah satu nama yang terkenal di tanjong malim.
Anda tidak perlu lagi menghabiskan masa, tenaga dan wang untuk
merantau keluar negara untuk menikmati hidangan barat. Malah anda
boleh menikmati rasanya yang asli di Easy Cafe Restaurant. Tempat
makan yang berhawa dingin dan suasananya yang tenang serta hiasan dalaman yang ala-barat merupakan antara daya penarik restoran ini. Perkhidmatan WIFI secara percuma juga disediakan khas untuk
pelanggan-pelanggannya.

Proton City

Proton City (dikenali sebagai "Kota Masa Depan") adalah sebuah bandar baru dengan kegiatan industri, komersial dan residensi yang tersebar di 4.000 hektar (16 km ²). Bandar ini terletak sekitar 5 km sebelah utara
Tanjung Malim, sebuah bandar di Perak, Malaysia. Proton City juga
diharapkan untuk dijadikan rumah bagi pelajar dan kakitangan dari
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang beberapa tahun
lalu dikenali sebagai Sultan Idris Training College.

Garden Seafood

Garden Seafood Restaurant merupakan sebuah restoran yang sering
menjadi tumpuan ramai kerana menyediakan hidangan masakan laut
yang sangat lazat. Restoran Garden Seafood ini kerana lokasinya amat strategik sekali dan ruang makan yang disediakan juga amat bersih dan mempunyai dekorasi yang amat cantik. Ruang makannya juga
berpenghawa dingin dan suasananya yang nyaman menaikkan lagi
restoran ini. Restoran ini menyediakan masakan makanan laut pelbagai
jenis dan masakan Melayu dan Cina juga turut disediakan.

Selamat Datang Ke Tanjong Malim

Tanjung Malim terkenal kerana adanya Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dulu Maktab Perguruan Sultan Idris. Tanjung Malim juga
terkenal sebagai tempat persinggahan bas-bas ekspres yang mengikut
jalan lama, sebelum wujudnya Lebuhraya Utara-Selatan. Selepas
terbinanya lebuh raya, bandar Tanjung Malim hampir ditinggalkan. Di sini terdapat gerai kuih Pau atau Pau Tanjung Malim yang sangat enak.
Tanjung Malim sekarang lebih dikenali apabila kerajaan negeri Perak telah memulakan rancangan untuk membangunkan bandar baru iaitu Bandar Behrang 2020 dan Bandar raya Proton.

Tasik Embayu Proton

Tasek Embayu Proton City merupakan sebuah tempat rekreasi yang
terkenal di Tanjong Malim. Taman Rekreasi Proton City terletak di
kawasan perumahan Proton City. Pelbagai aktiviti riadah boleh dilakukan di taman rekreasi Proton City ini.

Sungai Bil

Sungai Bil merupakan destinasi yang nyaman dan pasti akan menjanjikan pulangan yang memuaskan bagi pelancong yang menjadikan kawasan ini sebagai pusat pelancongan. Kedudukannnya yang jauh dari
bandaraya dapat mengelakkan daripada pencemaran bunyi serta udara.
Sungai Bil terletak di daerah Tanjung malim di mana para pengunjung
boleh ke sini hanya 45 minit dari pekan Tanjung Malim. Banyak aktiviti
yang boleh diadakan di Air Terjun Sg Bil antaranya ialah aktiviti
berkhemah, memancing dan juga berekreasi bersama keluarga Suasana
bersih dan indah dengan air gunung yang mengalir sejuk dan segar
menjadi satu daya tarikan kepada para pengunjung dan mereka yang gemarkan aktiviti berpiknik.

Kompleks Sukan Proton

Kompleks Sukan Proton terletak bersebelahan Kilang Proton Tanjong
Malim, Kompleks Sukan Proton mempunyai trek balapan, padang bola, gelanggang badminton, squash dan bola tampar. Gelanggang ini
boleh disewa kepada orang ramai pada harga yang berpatutan.
Kompleks ini menjadi tempat pilihan orang ramai untuk mengadakan
aktiviti-aktiviti seperti sukan tahunan dan acara-acara sukan yang lain.
Selain itu, kompleks ini juga mempunyai sebuah dewan yang boleh
disewa oleh orang ramai untuk mengadakan acara-acara seperti majlis perkahwinan.
Home

Results 451 - 455 of 550

Others/Others
KEMENTERIAN KESENIAN, KEBUDAYAAN DAN WARISAN Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan >>www.kpkk.gov.my/    Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia                 >> www.kraftangan.gov.my/    Arkib Negara                                                          >> www.arkib.gov.my/                
| 360 hits | Print | PDF |  E-mail | Report
Others/Others
Plaza Tol Tanjong Malim Peta di sekitar Tanjong Malim. Bandar Tanjong Malim ini terletak di selatan negeri Perak dan bersempadan dengan negeri Selangor dan Sungai Bernam bertindak sebagai pembahagi semula jadi antara dua negeri tersebut. Bandar Tanjung Malim berada kira-kira 70 kilometer utara Bandar Kuala Lumpur melalui Perancangan Lebuhraya Utara Selatan - PLUS. Tanjung Malim terletak di laluan utama yang menghubungkan Ipoh dan kuala Lumpur sekiranya tidak menggunakan lebuh raya. Untuk ke Tanjong Malim, ambil susur keluar Plaza Tol Tanjong Malim. |Untuk mengetahui kadar bayaran tol ke Tanjong Malim dengan lebih lanjut, sila klik sini. |   Untuk ke Tanjong Malim, anda boleh menggunakan kenderaan persendirian melalui Lebuhraya Utara Selatan. Jika anda menggunakan pengangkutan awam, berikut ialah pengangkutan awam yang terdapat di Tanjong Malim.   Bas Ekspress ke Utara dan Selatan Antara syarikat yang menawarkan perkhidmatan bas ekspress adalah MARA Liner Express, Star Coach Express, Transnasional Express, Mahligai Express dan banyak lagi. Perkhidmatan Teksi ke sekitar Tanjong Malim Perkhidmatan teksi di Tanjong Malim ini ditawarkan untuk penumpang yang ingin ke Slim River, Kalumpang serta kawasan sekitar Tanjong Malim. Perkhidmatan Keretapi ke sekitar Tanjong Malim Selama ini Stesen ini menyediakan perkhidmatan KTM Antarabandar dan Komuter. Stesen ini dibuka pada 1 Jun 2009, sebagai hentian terakhir dalam khidmat shuttle Rawang-Tanjung Malim.
| 2894 hits | Print | PDF |  E-mail | Report
Others/Others
Dari Kuala Lumpur ke Tanjong Malim  Syarikat Bas Harga Tiket  Ekspres Transnasional  RM 7.00  Ekspres Maraliner  RM 7.00  Ekspres Star Couch  Rm 7.00  Ekspres Tanjong Malim  Rm 6.50   Dari Ipoh ke Tanjong Malim Syarikat Bas Harga Tiket  Ekspres Transnasional  RM 11.40  Ekspres Sri Maju  RM 11.40  Ekspres Mahligai  RM 12.00  
| 4064 hits | Print | PDF |  E-mail | Report
Automotif/bengkel
Para pelanggan yang datang ke bengkel ini pasti akan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan kerana para pekerjanya sangat efisien dan berpengalaman. Bengkel ini menyediakan perkhidmatan baik pulih untuk kenderaan dan antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah ‘welding’, ‘spraying’, ‘painting’, ‘body spoiler’ dan ‘general repair’. Selain itu, bengkel ini juga menyediakan perkhidmatan ‘screen changing’ dan ‘beating’. Bengkel ini turut menjual ‘glass fibre’ dengan harga yang berpatutan.  Bayaran yang rendah dikenakan bagi setiap perkhidmatan yang ditawarkan di bengkel ini. Jalan Slim Lama, Taman Malim, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.  017-3415156    012-6949188 Waktu Operasi: 9.30am - 7.00pm
| 197 hits | Print | PDF |  E-mail | Report
Pendidikan/Sekolah Menengah
Sekolah ini berkongsi bangunan dengan SMK Methodist, Tanjong Malim sebelum berpindah ke bangunan baru yang telah siap di tapak yang bersebelahan dengan Petronas Tanjung Malim. Sekolah ini mempunyai dua sesi persekolahan iaitu sesi pagi untuk pelajar tingkatan 3 hingga tingkatan 6 dan sesi petang untuk pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 2. SMK Khir Johari, Jalan Berop, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.  05-4596334  Fax        :  05-4582454 Waktu Operasi: 7.00am - 5.00pm
| 596 hits | Print | PDF |  E-mail | Report

<< Start < Prev 91 92 93 94 95 96 97 98 99 100 Next > End >>
Page 91 of 110


Powered by AlphaContent 4.0.11 © 2005-2014 - All rights reserved