Sunday, October 26, 2014

Pau Yik Mun

Kedai Pau Yik Mun telah memulakan perniagaan pau pada 1926 dan
merupakan kedai pau yang sangat terkenal di Tanjung Malim.
Menyediakan pau yang lembut,roti bakar,mee hainan dan 'chicken Chop'
nyata telah mendapat perhatian ramai pengunjung di serata Malaysia.
Kok Jek Ming merupakan generasi ketiga keluarga Kok yang masih
meneruskan perniagaan yang diasaskan datuknya sehingga kini.

Teratak Riverview

Sekilas pandang, Mukim Hulu Bernam tampak biasa tanpa lokasi
pelancongan yang menarik. Namun, hanya jauhari mengenal manikam.
Jika diteroka hingga ke penghujung mukim, di sebalik hutan sekunder
yang menutupi pemandangan Sungai Bernam, terserlah suatu
keindahan alam maya.

Taman Rekreasi Proton City

Adakah anda berminat dengan sukan kayak? Datanglah ke tasik taman rekreasi ini. Kawasan rekreasi ini juga menyediakan taman
permainan untuk kanak-kanak. Oleh itu, sekiranya anda ingin merasai ketenangan jiwa, Taman Rekreasi Proton City merupakan pilihan
destinasi yang bijak. Selain itu, kawasan ini merupakan antara tempat
tumpuan pasangan pengantin untuk bergambar kerana
pemandangannya yang sangat cantik.

Restaurant Easy Cafe'

Easy Cafe Restaurant, salah satu nama yang terkenal di tanjong malim.
Anda tidak perlu lagi menghabiskan masa, tenaga dan wang untuk
merantau keluar negara untuk menikmati hidangan barat. Malah anda
boleh menikmati rasanya yang asli di Easy Cafe Restaurant. Tempat
makan yang berhawa dingin dan suasananya yang tenang serta hiasan dalaman yang ala-barat merupakan antara daya penarik restoran ini. Perkhidmatan WIFI secara percuma juga disediakan khas untuk
pelanggan-pelanggannya.

Proton City

Proton City (dikenali sebagai "Kota Masa Depan") adalah sebuah bandar baru dengan kegiatan industri, komersial dan residensi yang tersebar di 4.000 hektar (16 km ²). Bandar ini terletak sekitar 5 km sebelah utara
Tanjung Malim, sebuah bandar di Perak, Malaysia. Proton City juga
diharapkan untuk dijadikan rumah bagi pelajar dan kakitangan dari
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang beberapa tahun
lalu dikenali sebagai Sultan Idris Training College.

Garden Seafood

Garden Seafood Restaurant merupakan sebuah restoran yang sering
menjadi tumpuan ramai kerana menyediakan hidangan masakan laut
yang sangat lazat. Restoran Garden Seafood ini kerana lokasinya amat strategik sekali dan ruang makan yang disediakan juga amat bersih dan mempunyai dekorasi yang amat cantik. Ruang makannya juga
berpenghawa dingin dan suasananya yang nyaman menaikkan lagi
restoran ini. Restoran ini menyediakan masakan makanan laut pelbagai
jenis dan masakan Melayu dan Cina juga turut disediakan.

Selamat Datang Ke Tanjong Malim

Tanjung Malim terkenal kerana adanya Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dulu Maktab Perguruan Sultan Idris. Tanjung Malim juga
terkenal sebagai tempat persinggahan bas-bas ekspres yang mengikut
jalan lama, sebelum wujudnya Lebuhraya Utara-Selatan. Selepas
terbinanya lebuh raya, bandar Tanjung Malim hampir ditinggalkan. Di sini terdapat gerai kuih Pau atau Pau Tanjung Malim yang sangat enak.
Tanjung Malim sekarang lebih dikenali apabila kerajaan negeri Perak telah memulakan rancangan untuk membangunkan bandar baru iaitu Bandar Behrang 2020 dan Bandar raya Proton.

Tasik Embayu Proton

Tasek Embayu Proton City merupakan sebuah tempat rekreasi yang
terkenal di Tanjong Malim. Taman Rekreasi Proton City terletak di
kawasan perumahan Proton City. Pelbagai aktiviti riadah boleh dilakukan di taman rekreasi Proton City ini.

Sungai Bil

Sungai Bil merupakan destinasi yang nyaman dan pasti akan menjanjikan pulangan yang memuaskan bagi pelancong yang menjadikan kawasan ini sebagai pusat pelancongan. Kedudukannnya yang jauh dari
bandaraya dapat mengelakkan daripada pencemaran bunyi serta udara.
Sungai Bil terletak di daerah Tanjung malim di mana para pengunjung
boleh ke sini hanya 45 minit dari pekan Tanjung Malim. Banyak aktiviti
yang boleh diadakan di Air Terjun Sg Bil antaranya ialah aktiviti
berkhemah, memancing dan juga berekreasi bersama keluarga Suasana
bersih dan indah dengan air gunung yang mengalir sejuk dan segar
menjadi satu daya tarikan kepada para pengunjung dan mereka yang gemarkan aktiviti berpiknik.

Kompleks Sukan Proton

Kompleks Sukan Proton terletak bersebelahan Kilang Proton Tanjong
Malim, Kompleks Sukan Proton mempunyai trek balapan, padang bola, gelanggang badminton, squash dan bola tampar. Gelanggang ini
boleh disewa kepada orang ramai pada harga yang berpatutan.
Kompleks ini menjadi tempat pilihan orang ramai untuk mengadakan
aktiviti-aktiviti seperti sukan tahunan dan acara-acara sukan yang lain.
Selain itu, kompleks ini juga mempunyai sebuah dewan yang boleh
disewa oleh orang ramai untuk mengadakan acara-acara seperti majlis perkahwinan.
Home

Results 21 - 30 of 550

Prasarana/Others
Pusat Jalur Lebar Komuniti merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka. JKKK Hulu Bernam Selatan, Kampung Baru A, 35900 Hulu Bernam, Selangor Darul Ehsan.  003004     Keistimewaan: Akses internet dengan percuma. Waktu Operasi: 10am - 9pm
| 190 hits | Print | PDF |  E-mail | Report
Prasarana/Kesihatan
Poliklinik Dr. Azhar terletak di Jalan Cahaya, Taman Anggerik 2. Antara jenis rawatan dan perkhidmatan yang disediakan di klinik ini ialah rawatan pesakilt luar/ kecemasan, ujian air kencing dan darah, pemeriksaan jantung, suntikan imunisasi serta khidmat kaunseling. Klinik ini ditutup pada hari Ahad. No.18 Jalan Cahaya, Taman Anggerik 2, 35900 Tanjong Malim, Perak.         Waktu Operasi: 08.00am - 10.00pm
| 717 hits | Print | PDF |  E-mail | Report
Prasarana/Kesihatan
Poliklinik Syifa' & Surgeri terletak berhampiran UPSI. Poliklinik ini mempunyai 4 cawangan di seluruh negara. Antara perkhidmatan dan rawatan yang disediakan di poliklinik ialah pemeriksaan kesihatan (medical check up) , electro-cardio, ultrasound, neubiliser/pump, suction, ujian darah, pembedahan kecil sunat (circumcission) dan tindik telinga. Selain itu, perkhidmatan perubatan untuk wanita seperti pemeriksaan mengandung (antenatal check up), selepas bersalin (postnatal check up), dan perancangan keluarga.    No.4 Jalan Hang Utama,  Taman Happy Garden,  35900 Tanjong Malim,  Perak. 05-4583446     Waktu Operasi: 24 Jam.
| 716 hits | Print | PDF |  E-mail | Report
Prasarana/Kesihatan
Pusat Diagnostik BP merupakan sebuah makmal kesihatan yang diusahakan hasil kerjasama BP Healthcare Group. Perkhidmatan yang boleh didapati di Pusat Diagnostik BP ini ialah ujian darah dan kencing, pemeriksaan kesihatan (medical check-up), dispensary, analisis komposisi tubuh, ujian mineral tulang, ujian audiometry, hearing aid, perkhidmatan kesihatan pekerja, pap smear, dan vaksinasi.  Pusat Diagnostik BP,  Jalan Besar,  35900 Tanjong Malim,  Perak Darul Ridzuan. 05-4501257       Keistimewaan : Pemeriksaan Kesihatan Website         : www.bphealthcare.com Waktu Operasi: 08.00am - 05.00pm
| 409 hits | Print | PDF |  E-mail | Report
Prasarana/Kesihatan
  Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sentiasa memastikan perkhidmatan kesihatan dapat disalurkan kepada masyarakat miskin bandar dan luar bandar  terutama kepada mereka yang berpendapatan rendah. Klinik itu kini dikenali sebagai  Klinik Nur Sejahtera LPPKN yang ditubuhkan untuk orang ramai khususnya golongan wanita, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) membuat pemeriksaan kesihatan eksklusif dengan selesa. Klinik Nur Sejahtera LPPKN adalah sebuah klinik yang berkonsepkan kesejahteraan iaitu mencegah dan mengesan sesuatu penyakit sebelum ia terjadi. Klinik ini merupakan satu inisiatif pihak LPPKN untuk meluaskan skop perkhidmatan yang sedia ada demi membantu wanita dan lelaki ke arah kehidupan yang lebih sehat dan sejahtera. Perkhidmatan kesihatan reproduktif yang disediakan meliputi : a.        Pakej saringan kesihatan reproduktif; b.        Perkhidmatan perancang keluarga; c.        Saringan kanser reproduktif; d.        Pengurusan menopaus; e.        Ujian makmal yang komprehensif.    Jadual Perkhidmatan Klinik Nur Sejahtera LPPKN, Tanjong Malim Perak      Hari 8.00am - 1.00pm 2.00pm - 5.00pm Isnin Perancangan keluarga- Kondom, Pil Perancang & Suntikan. Ujian Pap Smear Selasa Perancangan Keluarga Rabu Perancangan Keluarga & Ujian Pap Smear Khamis Perancang Keluarga & Ujian Pap Smear   8.00am-12.15pm 2.45pm – 5.00pm Jumaat Perancangan Keluarga   Alamat :    No.20, Taman Bunga Raya,                     35900 Tanjong Malim,                     Perak Darul Ridzuan.                                                                                                                                                                                 
| 1235 hits | Print | PDF |  E-mail | Report
Perniagaan/Butik/pakaian/penggayaan
Gedung Big 10 mula ditubuhkan pada  awal tahun 2009. Gedung ini popular dengan pakaian wanita, pakaian lelaki ,pakaian anak-anak, seragam sekolah, kasut, beg dan produk elektronik kecil. Selain di Tanjong Malim , terdapat banyak cawangan Big 10 seperti di Kuantan, Pahang.     Gedung Big 10 S/B,  Lot 361,480,4789 & 4790,  Taman Bunga Raya,  35900 Tanjong Malim.  05-4562976       Keistimewaan: Menjual pakaian seragam  sekolah dengan harga rendah.                      Waktu Operasi: 10.00am -09.00pm
| 513 hits | Print | PDF |  E-mail | Report
Perniagaan/Salun kecantikan
Kedai mendandan rambut Hair Asia Salon menawarkan perkhidmatan rambut profesional dengan harga yang berpatutan kepada semua lapisan masyarakat. Kedai ini diasaskan oleh Mr. Thomas Wan yang juga kebetulannya juga pengasas Thomas and Guys Salon & Academy. Selain Tanjong Malim, terdapat juga cawangan Hair Asia Salon di Subang Jaya. Hair Asia Salon juga dengan sukacitanya memberi info-info kepada masyarakat tentang gaya rambut  yang terkini dan cara penjagaan rambut yang sihat.    Hair Asia Salon & School Jalan Bunga Raya 35900 Tanjong Malim Perak Darul Ridzuan 03-56310888       www.thomasandguy.com Keistimewaan: Kelas mendandan rambut                    Waktu Operasi: 10.00 am - 09.00 pm
| 441 hits | Print | PDF |  E-mail | Report
Perniagaan/Automotif
Jika ingin memiliki  dan mendapatkan informasi kereta baru berjenama Perodua, anda boleh melawat ke Bilik Pameran Perodua di Taman Permai Ketoyong. Produk Perodua yang semakin diminati ramai kerana rekaannya yang bergaya, aerodinamik, praktikal, pusat graviti yang rendah untuk lebih stabil, serta interior yang mewah dan luas. Harga keretanya juga berpatutan dan mendapat sambutan ramai seperti kereta Perodua Myvi, Alza, Viva, Kancil, Kembara dan Kelisa.   No. 59 & 61, Jalan Permai 1,   Taman Ketoyong Permai,  35900 Tanjong Malim,  Perak Darul Ridzuan.  05-459 5866/ 05-459 9266 Email: otomobil@tm.net.my    Waktu Operasi: 10.00am - 09.00pm
| 357 hits | Print | PDF |  E-mail | Report
Perniagaan/Others
Sebagai seorang wanita yang mementingkan kesihatan keluarga, jangan lupa untuk singgah di Tupperware Brands. Produk daripada Tupperware diketahui umum sangat cantik di mana-mana jua ia diletakkan dan disusun di dalam peti ais, di atas meja makan,di rak-rak terbuka, di dalam almari, di tepi pantai untuk berkelah, juga di dalam beg sekolah anak anda sebagai bekal ataupun sebagai hadiah kepada keluarga dan sahabat handai. Dapatkannya di Tupperware Brand cawangan Tanjong Malim.        Tupperware Brand,  Pekan Tanjong Malim  35900 Tanjong Malim  Perak Darul Ridzuan             Waktu Operasi:10.00am - 5.00pm
| 469 hits | Print | PDF |  E-mail | Report
Perniagaan/perabot/perkakasan
Leon Yew Design Studio merupakan salah sebuah cawangan Kedai Parabot Leon Yew yang terkenal dengan perniagaan perabot daripada kayu hingga ke moden kontemporari. Leon Yew Design Studio menawarkan barangan perabot eksklusif seperti sofa, coffee tables, end tables, kabinet dapur, set hiasan bilik, tilam, wallpaper dinding, barangan fabrik import, lampu, chandelier, lukisan import dan langsir yang diperbuat daripada  fabrik yang elegan. Anda juga boleh mendapatkan aksesori dan pewangi rumah seperti pemegang lilin, tempat dekoratif dan potpourri. Nikmati tidur anda dengan tilam yang berkualiti yang disediakan daripada pelbagai saiz. Lengkapi pembelian tilam anda dengan set selimut dan bantal serta langsir dalam pelbagai design dan warna yang menambah tarikan dekorasi bilik anda. Pelbagai lampu hiasan dinding boleh didapati disini bagi yang berminat dengan sentuhan dekorasi moden kontemporari.     Jalan Permai 1,  Taman Ketoyong Permai,  35900 Tanjong Malim,  Perak Darul Ridzuan.           Keistimewaan:Menjual perabot moden kontemporari                      Waktu Operasi: 10.00am - 09.00pm
| 637 hits | Print | PDF |  E-mail | Report

<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
Page 3 of 55


Powered by AlphaContent 4.0.11 © 2005-2014 - All rights reserved