Tuesday, March 31, 2015

Pau Yik Mun

Kedai Pau Yik Mun telah memulakan perniagaan pau pada 1926 dan
merupakan kedai pau yang sangat terkenal di Tanjung Malim.
Menyediakan pau yang lembut,roti bakar,mee hainan dan 'chicken Chop'
nyata telah mendapat perhatian ramai pengunjung di serata Malaysia.
Kok Jek Ming merupakan generasi ketiga keluarga Kok yang masih
meneruskan perniagaan yang diasaskan datuknya sehingga kini.

Teratak Riverview

Sekilas pandang, Mukim Hulu Bernam tampak biasa tanpa lokasi
pelancongan yang menarik. Namun, hanya jauhari mengenal manikam.
Jika diteroka hingga ke penghujung mukim, di sebalik hutan sekunder
yang menutupi pemandangan Sungai Bernam, terserlah suatu
keindahan alam maya.

Taman Rekreasi Proton City

Adakah anda berminat dengan sukan kayak? Datanglah ke tasik taman rekreasi ini. Kawasan rekreasi ini juga menyediakan taman
permainan untuk kanak-kanak. Oleh itu, sekiranya anda ingin merasai ketenangan jiwa, Taman Rekreasi Proton City merupakan pilihan
destinasi yang bijak. Selain itu, kawasan ini merupakan antara tempat
tumpuan pasangan pengantin untuk bergambar kerana
pemandangannya yang sangat cantik.

Restaurant Easy Cafe'

Easy Cafe Restaurant, salah satu nama yang terkenal di tanjong malim.
Anda tidak perlu lagi menghabiskan masa, tenaga dan wang untuk
merantau keluar negara untuk menikmati hidangan barat. Malah anda
boleh menikmati rasanya yang asli di Easy Cafe Restaurant. Tempat
makan yang berhawa dingin dan suasananya yang tenang serta hiasan dalaman yang ala-barat merupakan antara daya penarik restoran ini. Perkhidmatan WIFI secara percuma juga disediakan khas untuk
pelanggan-pelanggannya.

Proton City

Proton City (dikenali sebagai "Kota Masa Depan") adalah sebuah bandar baru dengan kegiatan industri, komersial dan residensi yang tersebar di 4.000 hektar (16 km ²). Bandar ini terletak sekitar 5 km sebelah utara
Tanjung Malim, sebuah bandar di Perak, Malaysia. Proton City juga
diharapkan untuk dijadikan rumah bagi pelajar dan kakitangan dari
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang beberapa tahun
lalu dikenali sebagai Sultan Idris Training College.

Garden Seafood

Garden Seafood Restaurant merupakan sebuah restoran yang sering
menjadi tumpuan ramai kerana menyediakan hidangan masakan laut
yang sangat lazat. Restoran Garden Seafood ini kerana lokasinya amat strategik sekali dan ruang makan yang disediakan juga amat bersih dan mempunyai dekorasi yang amat cantik. Ruang makannya juga
berpenghawa dingin dan suasananya yang nyaman menaikkan lagi
restoran ini. Restoran ini menyediakan masakan makanan laut pelbagai
jenis dan masakan Melayu dan Cina juga turut disediakan.

Selamat Datang Ke Tanjong Malim

Tanjung Malim terkenal kerana adanya Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dulu Maktab Perguruan Sultan Idris. Tanjung Malim juga
terkenal sebagai tempat persinggahan bas-bas ekspres yang mengikut
jalan lama, sebelum wujudnya Lebuhraya Utara-Selatan. Selepas
terbinanya lebuh raya, bandar Tanjung Malim hampir ditinggalkan. Di sini terdapat gerai kuih Pau atau Pau Tanjung Malim yang sangat enak.
Tanjung Malim sekarang lebih dikenali apabila kerajaan negeri Perak telah memulakan rancangan untuk membangunkan bandar baru iaitu Bandar Behrang 2020 dan Bandar raya Proton.

Tasik Embayu Proton

Tasek Embayu Proton City merupakan sebuah tempat rekreasi yang
terkenal di Tanjong Malim. Taman Rekreasi Proton City terletak di
kawasan perumahan Proton City. Pelbagai aktiviti riadah boleh dilakukan di taman rekreasi Proton City ini.

Sungai Bil

Sungai Bil merupakan destinasi yang nyaman dan pasti akan menjanjikan pulangan yang memuaskan bagi pelancong yang menjadikan kawasan ini sebagai pusat pelancongan. Kedudukannnya yang jauh dari
bandaraya dapat mengelakkan daripada pencemaran bunyi serta udara.
Sungai Bil terletak di daerah Tanjung malim di mana para pengunjung
boleh ke sini hanya 45 minit dari pekan Tanjung Malim. Banyak aktiviti
yang boleh diadakan di Air Terjun Sg Bil antaranya ialah aktiviti
berkhemah, memancing dan juga berekreasi bersama keluarga Suasana
bersih dan indah dengan air gunung yang mengalir sejuk dan segar
menjadi satu daya tarikan kepada para pengunjung dan mereka yang gemarkan aktiviti berpiknik.

Kompleks Sukan Proton

Kompleks Sukan Proton terletak bersebelahan Kilang Proton Tanjong
Malim, Kompleks Sukan Proton mempunyai trek balapan, padang bola, gelanggang badminton, squash dan bola tampar. Gelanggang ini
boleh disewa kepada orang ramai pada harga yang berpatutan.
Kompleks ini menjadi tempat pilihan orang ramai untuk mengadakan
aktiviti-aktiviti seperti sukan tahunan dan acara-acara sukan yang lain.
Selain itu, kompleks ini juga mempunyai sebuah dewan yang boleh
disewa oleh orang ramai untuk mengadakan acara-acara seperti majlis perkahwinan.
Home

Home » Perniagaan

Perniagaan

Results 26 - 30 of 267

Perniagaan/perabot/perkakasan
TNE Electrical Hardware Sdn.Bhd telah diasaskan oleh Vincent Chong Suh Cheong. Premis ini menyediakan pelbagai jenis barangan elektrik. Selain itu, premis ini menyediakan barangan untuk kerja-kerja pembinaan seperti simen. Premis ini juga menyediakan peralatan untuk pertukangan, salur paip dan peralatan elektrik yang lain. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi atau mengunjungi premis ini. No.23A, Jalan Cahaya, Taman Anggerik Desa II, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.  05-4583045     Keistimewaan: Menjual peralatan elektrik. Waktu Operasi: 9.00.a.m - 5.00.p.m
| 302 hits | Print | PDF |  E-mail | Report
Perniagaan/Komunikasi
Warisan Jitu Resources ditubuhkan pada tahun 2009 oleh En Zulkifli di Ketoyong. Premis ini membekalkan tiket tambah nilai untuk semua jenis prabayar. Selain itu, premis ini juga menjual aksesori telefon bimbit seperti bekas telefon, pengecas dan bateri. Sebarang pertanyaan, bolehlah mengunjungi premis ini di Ketoyong. No.5, Jalan Hijau 1,                Taman Hijau, Jalan Ketoyong, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan. 019-6060109     Keistimewaan: Membekalkan tiket tambah nilai semua jenis prabayar dan aksesori telefon bimbit. Waktu Operasi: 9.00am - 10.00pm
| 251 hits | Print | PDF |  E-mail | Report
Perniagaan/Butik/pakaian/penggayaan
Marisya Jaya Trading merupakan sebuah premis perniagaan yang ditubuhkan pada tahun 2008 ini menyediakan pelbagai jenis pakaian muslim dan muslimah seperti jubah, tudung, jubah untuk wanita dan sebagainya. Premis yang dimiliki oleh Puan Rohemah Bte Zainal Abidin ini juga menjual produk herba untuk kesihatan seperti produk ECPI. Selain itu, premis ini juga membekalkan kuih-muih yang disejukbeku dan produk pinggan mangkuk berjenama VANTAGE. Tambahan lagi, perkhidmatan 'catering' juga disediakan di premis ini. Sebarang pertanyaan atau berminat dengan produk-produk yang disediakan di premis ini, bolehlah menghubungi maklumat yang tertera dibawah. NO.1, Rumah Kedai,       Taman Indah, Jalan Ketoyong, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan. 017-3890474     Keistimewaan : Membekalkan pelbagai jenis pakaian muslim dan muslimah. Waktu Operasi: 9.00am - 9.00pm      
| 336 hits | Print | PDF |  E-mail | Report
29. D'Coach
Perniagaan/Runcit
D'COACH merupakan sebuah kedai runcit yang ditubuhkan pada tahun 2010. Premis ini telah ditubuhkan oleh En. Khairuddin Bin Abdul Majid. Premis ini menyediakan pelbagai jenis barangan runcit yang harganya sangat murah dan berpatutan. Premis ini juga menjual makanan ringan, minuman berkarbonat, air minuman, air mineral dan roti. Selain itu, premis ini juga menyediakan barangan kecantikkan seperti pencuci muka dan sebagainya. Agen-agen pencuci seperti sabun basuh dan lain-lain juga disediakan disini. Rokok juga dijual di premis ini. Dengan harganya yang murah dan berpatutan, premis ini semakin terkenal di sekitar Tanjong Malim. Jika ingin mencari barangan runcit yang murah dan berkualiti, bolehlah mengunjungi kedai ini di alamat yang tertera di bawah. No 4,  Jalan Slim Lama, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.  05-4581509     Keistimewaan: Menjual pelbagai barangan runcit yang murah dan berpatutan. Waktu Operasi: 8.00am - 9.30pm
| 320 hits | Print | PDF |  E-mail | Report
Perniagaan/Runcit
Sharon Mini Market merupakan sebuah premis runcit 24 jam yang terletak di Bandar Baru Behrang 2020. Premis ini dimiliki oleh En. Shekar ini telah mula beroperasi sejak tahun 2004. Premis ini menjual pelbagai jenis barangan runcit dan keperluan rumah. Selain itu, premis ini juga membekalkan tembakau, shisha, rokok serta cerut yang sah kepada pelanggannya. Premis ini juga menyediakan perkhidmatan penghantaran gas memasak dari rumah ke rumah di sekitar Bandar Baru Behrang 2020. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi maklumat di bawah. No 40, Kedai Bawah, Jalan WD 5, Bandar Baru Behrang 2020, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.  019-6114592    012-2460122 Keistimewaan: Mejual barangan runcit dan menyediakan perkhidmatan menghantar gas memasak. Waktu Operasi: 24 jam    
| 333 hits | Print | PDF |  E-mail | Report

<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
Page 6 of 54


Powered by AlphaContent 4.0.11 © 2005-2015 - All rights reserved