Results 1 - 5 of 24
|
Prasarana/Kesihatan
Dahulunya klinik kesihatan ini dikenali sebagai Hospital Tanjong Malim sebelum ditukar kepada Klinik Kesihatan Tanjong Malim. Klinik ini mengenakan caj RM1 sahaja kepada pelajar dan warga emas.Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Klinik Kesihatan Tanjong Malim ialah klinik pesakit luar,perkhidmatan farmasi,rawatan kecemasan ringan,rujukan ke klinik pakar atau hospital,kaunseling kesihatan,ujian makmal diagnostik, pembedahan kecil (minor surgery) dan ujian haemodialisis. Klinik Kesihatan Tanjong Malim 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan. 05 4596333 Waktu Beroperasi: 24jam
|
|
Prasarana/Kesihatan
Klinik Pergigian Shikin dimiliki oleh Dr. Nor Ashikin Abu Bakar. Klinik ini terletak di Taman Universiti bersebelahan UPSI. Klinik melakukan perkhidmatan cabutan, tampalan, cuci gigi, gigi palsu, pembedahan kecil, pemutihan gigi dan x-ray. Harga yang ditawarkan berpatutan. No. 18 Jalan U, Taman Universiti, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan/ -05-4598926 Waktu Operasi: Isnin - Sabtu: 9.00am-3.00pm Ahad: Cuti
|
|
Prasarana/Kesihatan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sentiasa memastikan perkhidmatan kesihatan dapat disalurkan kepada masyarakat miskin bandar dan luar bandar terutama kepada mereka yang berpendapatan rendah. Klinik itu kini dikenali sebagai Klinik Nur Sejahtera LPPKN yang ditubuhkan untuk orang ramai khususnya golongan wanita, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) membuat pemeriksaan kesihatan eksklusif dengan selesa. Klinik Nur Sejahtera LPPKN adalah sebuah klinik yang berkonsepkan kesejahteraan iaitu mencegah dan mengesan sesuatu penyakit sebelum ia terjadi. Klinik ini merupakan satu inisiatif pihak LPPKN untuk meluaskan skop perkhidmatan yang sedia ada demi membantu wanita dan lelaki ke arah kehidupan yang lebih sehat dan sejahtera. Perkhidmatan kesihatan reproduktif yang disediakan meliputi : a. Pakej saringan kesihatan reproduktif; b. Perkhidmatan perancang keluarga; c. Saringan kanser reproduktif; d. Pengurusan menopaus; e. Ujian makmal yang komprehensif. Jadual Perkhidmatan Klinik Nur Sejahtera LPPKN, Tanjong Malim Perak Hari 8.00am - 1.00pm 2.00pm - 5.00pm Isnin Perancangan keluarga- Kondom, Pil Perancang & Suntikan. Ujian Pap Smear Selasa Perancangan Keluarga Rabu Perancangan Keluarga & Ujian Pap Smear Khamis Perancang Keluarga & Ujian Pap Smear 8.00am-12.15pm 2.45pm – 5.00pm Jumaat Perancangan Keluarga Alamat : No.20, Taman Bunga Raya, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.
|
|
Prasarana/Kesihatan
Menghadapi masalah gusi? Ingin memutihkan gigi? Anda boleh datang mendapatkan rawatan di klinik ini. Pelbagai perkhidmatan yang disediakan seperti mencabut gigi, memasang pendakap gigi dan memutihkan gigi. Jalan Nusa 1, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan. Information: Waktu Operasi: 9.00am - 6.00pm
|
|
Prasarana/Kesihatan
Penduduk tempatan Tanjong Malim mempunyai kemudahan untuk mendapatkan rawatan kesihatan dengan mudah apabila klinik ini mula dibuka sejak beberapa tahun yang lalu. Klinik ini adalah merupakan salah satu klinik panel untuk syarikat Proton Holdings Sdn. Bhd. dan syarikat Perodua Sdn. Bhd. Perkhidmatan yang disediakan sangat memuaskan. Para pekerja mengamalkan konsep mesra pelanggan bagi membuatkan para pesakit berasa selesa. No.40, Jalan Chong Ah Peng, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan. 05-4583778 Waktu Operasi: 8.00am - 12.00pm
|